Monday, January 16, 2012

Sehelai Baju Biru

Serabutnya tengok blog ni, penuh sesawang sana sini.  Almaklumlah dengan kepura-puraan kebuzyan kebuat-buatkan itu.kononlah..

Tak tahu nak bercerita apa kali ni, tapi daku tengah bengang mencari sehelai T-shirt kesayangan yang tidak diketahui dimana duduknya sekarang ni, menyampahnya dengan diri aku!aduuhh !! Daku sudah tidak tahu mahu mencari barang kesayangan tersebut dimana..
daku sayang baju tu sebab 'kaler' dia BIRU..canthek,menarik,KAU memang tertarik sayang..tapi kat mana lagi dikau harus ku cari....
T-shirt tu jugak daku beli semasa keluar dating dengan Encik Sayang,Daku suka pakai T-shirt tu keluar dating..perasaan berkayakinan sekali memakai baju tersebut..
Bukan harga yang menjadi ukuran, tapi keselesaan yang membuatkan kau menjadi pojaan hatikuu...
DIMANAKAH DIKAU SAYANGKU...Daku tetap akan mencarimu sampai ketemu..

Daku mahu teruskan pencarianmu...


Sekian dahulu...

Sunday, August 21, 2011

Terkecil Hati, Terguris Hati

Apa perasaan korang kalau ada orang sedang mengutuk orang yang disayangi dalam erti kata lain adalah seorang pakwe@awek, Aiyoo..manyak geram owwwww... Walaupun yang mengata tersebut adalah seseorang yang agak rapat dengan aku, tapi agak-agak la sikit, pakwe aku kot..!! Macam mana pon dia, dia tetap pakwe aku, ada aku kisah dia hensem ke tak ke, ada aku peduli pasal semua tu sebelom ni.
WAHAI MANUSIA!!! sedarlah, kamu pon bukannya hensem@cantek jelita sangat.  Aku sedar aku tak ada siapa-siapa kat sini, keluarga jauh nun di Terengganu, aku kat Kedah..aku tak mengharapkan belas kasihan atau perhatian orang untuk kasihan kat aku yang tak ada siapa-siapa kat sini melainkan seorang kawan baik yang sanggup tidur sebantal, makan sepinggan, sama-sama gelak, sama nangis..tu kawan aku..kawan baik aku..(lari topik jauh-jauh dah ni)

So, aku rasa la kan, fasal pakwe aku nak pakai apa pon jangan la dijadikan satu isu besar kat tempat kerja tu, tak perlu la nak kecoh-kecoh sampai satu bangunan dengar..aku yang tahu pakwe aku macam mana, mulut tu jaga la sikit ye..

Mood:Geram!!! Marah!!!
Jangan nak sibuk-sibuk fasal hidup aku sedangkan hidup kamu-kamu pon masih tak terurus..Okay????!!

                             * Bagi baby ni pergi marah kat orang-orang tadi tuuuu!!! 
                       * Kalau la boleh sound direct dengan manusia-manusia yang tadi tu


^^^^^^.............^^^^^^^Kredit to MR.GooGle(pinjam picture)

Friday, March 11, 2011

Amaran Tsunami

Perasaan sekarang bercampur baur, yang paling rasai sekarang adalah perasaan risau/takot/bimbang kat famili di kampung sana.  CikD dengar khabar2 angin mengatakan Malaysia pon dapat Tsunami Alert! mintak dijauhkan.  tapi itulah yang dapat disampaikan sekarang.  Berita ni CikD tahu daripada kakak yang berda kat Pulau Redang sekarang, husband merangkak abang ipar CikD bekerja disana.
    
     Akak cakap penduduk pulau tu diminta berada dalam masjid pada waktu ini.  Ya Allah, Selamatkan mereka, selamatkanlah kami semua.


     Ada lagi, rumah kat kampung dekat je ngan pantai, sama jugak dengan rumah Mohd Faiz Hubby CikD.  Risau.....urmmm...
    
     Apa-apa pon, Semoga kita semua dijauhkan dari bencana itu, amin...


Wednesday, February 16, 2011

Addicted!!

wujud ke KETAGIHAN terhadap BOWLING dan KARAOKE?

sumber:encik Google
sumber:encik Google

Sekarang ni jiwa cikDorazz sedang dilanda terhadap DUA gejala tersebut.  Aduyai....dah time-time poket kering ni pulak la kan ketagihan tersebut melanda.  Tapi Apakan daya, untuk hilangkan rasa ketagihan tersebut, terpaksa jugak keluarkan sedikit wang untuk tujuan tersebut.  Cikgu suruh beli buku x mahu beli kononnya x ada duit, padahal simpan duit nak main bowling ngan karaoke.HAHAHAHAHAHAHA!

Lagi satu, dengan adanya mereka-mereka yang berkepala otak sama jenis dalam rumah sewa ni, menambahkan lagi rasa excited and  addicted kedua-dua benda tu.  Kerja sekolah berlambak(mini and final projek tak siap lagi), Kitorang leh buat tak tahu je semua tu(last minit baru buat,yang pastinya kerja-kerja tersebut dijamin siap!) jangan contohi sikap buruk tersebut, BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH [ADA KENA MENGENA TAK PERIBAHASA TERSEBUT?]

Penat la membebel sorang-sorang malam-malam buta ni.  Okayla..Mintak diri dulu, nak g jalan-jalan di alam maya jap, pastu TIDUR!

SELAMAT MALAM SEMUA
-------------0----------------


Tuesday, February 15, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

---------------------------------------
 TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY
----------------@-----------------







Klik pada gambar diatas untuk Join!!
Period : 10/2/2011 - 28/2/2011


Unik, Cute...
Menyesal kalau tak join contest ni...:))

Sunday, February 13, 2011

Sesi Makan-Makan (with MY HUBBY CHUBBY- M.H.C)

Malas nak cakap banyak kali ni..penulisan bergambar sahaja...


Nasi Goreng Tom Yam..Yummmmyy!!!

Sedaaap...........................rasa nak makan lagi, menu ni CikDoraz ngan M.H.C  kat  restoren lam SP Plaza ( OSAMA THAI FOOD)

.
.
.
.

NEXT
.
.
.

Seronoknye dapat Cokelat..

Dengan Khusuknya M.H.C membuka Cokelat Tersebut.

Berjaya dan......

Ngaaaaap!!!

Cepatnya makan..Share la sikit ngan orang sebelah Pak Cik oiii....!!

Makan lagikkk....Roti Tisu dekat Restoran Nashmir

Aktiviti makan yang seterusnya tidak dapat disiarkan..
Kami berdua makan Laksa dengan Laici Kang..
Rasa kurang memuaskan, sebab tu tak ada mood nak ambil gambar ketika tu...
HAHAHAHAHA

Cik Dorazz with M.H.C






Thursday, February 10, 2011

Aku, Dia & Vintage


tarikh tutp contest ini pada : 5 MARCH 2011


Ini Gambar yang dipertaruhkan ...:))
Baby Amsyar jadi Modelku....







Tag 3 Bloggers:


CikPawPAw
CikAima
CikLeya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...